Khasiat & Kegunaan Propolis Kelulut

Khasiat & Kegunaan Propolis Kelulut

Khasiat

Khasiat perubatan bagi propolis sangat banyak dan banyak produk sampingan dihasilkan daripada propolis. Antara khasiat perubatan bagi propolis secara umum ialah mempunyai sifat antibiotik, anti radang dan merangsang penghasilan antibodi (meningkatkan imuniti), menguatkan kapilari darah, anti rheumatik, anti asma, anti kanser dan anti-oxidant. Sehubungan dengan propolis banyak digunakan untuk rawatan yang berkaitan dengan alahan, batuk, demam, selsema, penyakit dan masalah yang berkaitan sistem darah dan penafasan.

Kajian yang dijalankan secara saintifik menunjukkan propolis mempunyai sifat anti bakteria, virus dan mikro organisma lain yang sangat baik. Antara kajian lain yang terknini berkenaan potensi penggunaan propolis adalah seperti berikut:

1. Propolis berkemungkinan menghalang kerosakkan ginjal. Kajian yang dijalankan diatas tikus menunjukkan propolis memain peranan memperbaiki ginjal tikus yang diberi rawatan aluminium klorida (Environ. Toxico 2014 Sept 29 (9) 1000-10)

2. Kajian terhadap ginjal pesakit diabetes juga menunjukkan ianya juga mungkin boleh digunakan untuk merawat ginjal yang bermasalah. (Environ. Toxico 2014 Ogos 15. 279(1) :1-7

3. Berpotensi untuk merawat penyakit bimbang dan murung (Phyto medicine 2014 Julai 50944-7113

4. Rawatan penyakit denggi berdarah (Rochasismando dll)

Kegunaan Masa Kini

1. Bahan kosmetik – Ekstrak propolis banyak digunakan untuk rawatan kulit memandangkan ianya boleh membantu melambat proses penuaan disamping sifat anti bakteria dan kulat.

2. Perubatan – Kegunaan umum propolis dalam perubatan ialah untuk masalah yang berkaitan dengan jantung dan darah (anaemia), rawatan gigi, rawatan kulit (disebabkan kelencuran, menyembuh luka dll), rawatan kanser, sistem penghazaman (ulcer) dan rawatan hati.

3. Industri makanan – Digunakan sebagai bahan pengawet kerana ianya mempunyai sifat anti bakterian & kulat

4. Dalam pertanian – Digunakan sebagai bahan anti perosak tanaman. Ianya digunakan sebagai phyto inhibitor (menghalang biji benih dari tercambah)

5. Kegunaan lain – Sebagai bahan untuk rawatan perabut kayu

 
SUMBER: https://www.kelablebahkelulut.com/2014/11/propolis-lebah-kelulut-khasiatnya.html?m=1
 

Looking for honey?? Introducing Bayu Kelulut

100% Pure & Quality Stingless Bee Honey-Laboratory Tested

 

Posted in: Articles

Leave a Comment (0) ↓

Leave a Comment

You must be logged in to post a comment.